Thursday, February 21, 2013

3P :) steps bila kita dah terjatuh hati.


Today I’d like to share some tips to those fall in love ~ waaa, sweet ah. Haha. Jiwang mode today, harap maklum

Not joking la, aku memg nak share sal tips nak overcome perasaan kita bila kita dah ‘ter’ jatuh chenta dekat someone.


 Okay, aku tahu korang dah bosan sebab aku asyik cakap sal love love love love blablablabla.. kalau korang taknak dengar dah blahhh. Hehehe.


sorry la, korang tak thu betapa pentingnya topic ni kepada orang2 especially dekat orang muda, because of love diorang sanggup bunuh diri la, gantung diri la, tu tak terkira lagi yang pompuan tergadai habis dah, nauzubillah !
sebab tu aku semangat sangat cakap sal ni

When you falling in love with somebody you are suppose tu use first ‘P’. 

what is first P here ?? ( aku asyik speaking ni sal nak menforwardkan penggunaan English aku ni, so kalo korang tak faham apa yang aku duk speaking harap faham2 jelah, saya budak baru belajar :D )

First P is ‘ pause
 Simple word only, just pause. 


Pause disini ialah stop skejap.


Bila korang dapat rasa yang korang dah jatuh cinta dekat seseorang please jangan tergedik2 macam ape2 ntah nak pergi luahkan perasaan dekat guy to or girl tu.


Yes I know, kalo tak luah nanti lambat dia jatuh dekat tangan orang lain.
 Haishh, percaya pada jodoh tak ? ha ? ha?


Kalau dekat luh mahfuh tu dah tertulis korang dengan si ‘dia’, pusing dunia beratus2 kali pon jumpa dia jugak.

Just senyap2 je, tak payah nak bagitau bff la yang korang dh tersuka dekat sorang mamat or minah ni. Jatuh standard wooo ! malu la >.<


Dah detect ada feling dekat dia duk senyap jela. Tak payah la msg2 la, chatting2 la, whatsapp la, no no no ! jangan buat gitu, malu lah sikit,

Allah tengok taw, nanti dia tak berkat + tak redha. Kalau hubungan korang sampai jinjang pelamin pon tapi korang start dengan Allah tak redha macam mana dengan zuriat korang nanti. 

Ingat taw, dunia ni persinggahan, tempat tuk kita collect banyak2 pahala + barakah.nanti dapat anak pon, zaman remaja anak tu nanti dia pon msg2 dengan lelaki. xmanis laaa.

Tahu tak, kalu suka dekat seseorang pastu pendam sampai kita mati, kira syahid kecil taw. 

So rebut la peluang ni nak mati syahid ! nak pergi gaza take da chance dah sebab mak xbagi L



One more thing. Korang kene jaga baik2 perasaan ni. Jangan sampai melarat


How they ‘melarat’ ??


camni la, kalau korang dh suka, korang asyik curi2 pandang dia la masa lam kelas, macam mane la nak jihad camni kalo asyik tengok2 dia ??
nanti lama2 mesti tak tahan, jangan tengok lah ! ghadahdul basyar  gituu, hehe.


Kata orang dari mata jatuh kehati, makin tengok makin jatuh nanti kehati. Kuikuikui ~


Buat sombong sikit bagi yang pompuan ni

Alaa, biar la sombong sket pon, nak jaga hati tuu kena berkorban sikit. lelaki ni yang susah nak dapat dia jaga betul2, kalau yang senang nak dapat bila bosan ditinggalnya. 

So ‘pause’ la ye
Ambik jugak masa pause ni nak persiapkan diri jadi isteri solehah/ suami soleh. Sebelum kawin korang kena persiapkan diri dengan 3perkara, iaitu: ilmu pengetahuan, pengurusan, kewangan. Kalau dah cukup korang rasa boleh la nak move forward sket, kott !

 
Second P is priority !


Ha ! tadi ingat dah cukup 3perkara tu kan ?? 


now cuba pikir sekejap, ada tak perkara yang paling penting yang korang mesti utamakan sekarang ??

cakap kuat sikit, apa yang lebih penting ?


study.

apa ?

study !

tak dengar la.

sudy !!!!

haaaa, pandai pon korang, anak sape lah, haha. 


Bijak lagi brialliant pon korang ni. Stdy la, your first thing is study, first thing think first la bebbb ! pedaaa. 


Bia la pause tu sampai dapat segulung ijazah, master or phd. Hehe.

 Masa ni buat semua benda yang korang nak buat. Kalau niat nk keliling dunia, keliling dulu. Nanti bila kawin korang ingat suami korang semua bagi ke ??

kalau yang sporting tu bagi la. Tapi kalau yang macam dictator tu jangan harap bagi.  =.='

kawin masa belajar bagi aku leceh la, dahla nak belajar lagi pastu tanggungjawab sebagai isteri lagi. 


Nak study sampai larat malam pon macam tak best je. Kakak aku yang sulong cakap, zaman study adalah paling best, so kena nikmati sampai habis, jangan campuri dengan menda2 yang lain.

 Sekadar ingatan je. Kalau korang rasa mental kuat nak harungi, up to u. aku surrender awal2.



Last P is  ‘ pergi


pergi ? pergi mana ?? 


nila nak citer. Hehe. 


Pergi  jumpa wali lah ! jauhi pompuan tu tapi dekati wali dia, sweet kan J 


masa ni korang mesti rasa betapa puas hati sebab korang dah jaga perasaan tu sampai stage ni. !! berbangga la dengan diri sendiri. tapi jangan sampai riak lak.


Korang menggunakan islam sebagai cara hidup and Allah sebagai orang tengah antara korang dengan yang korang jatuh cinta tu.


Bagi wanita, mesti malu kan nak pergi pinang lelaki tadi.
Nilah penting nya stage priority tadi. Masa stage tu korang kena banyak berdoa dekat Allah



Kalau memang dia jodoh korang mesti Allah terbitkan perasaan yang sama pada lelaki tu, dan mesti dia ‘pergi’ jumpa wali korang. 


Banyak2 kanlah berdoa. Berdoa ni takder pengantaraan, direct dekat Allah, tol pon takder, hihihi.


Okay korang semua yang aku sayang kerana Allah J


Selamt apply dalam hidup korang ye. kalau ada tersilap kata dan bahasa, mohon dimaafkan. yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari hamba Allah yang serba hina ini.



# ingatan untuk diri juga yang sering khilaf :)



all about STALKER.


Pertama kali aku tengok perkataan ‘stalker’ ni dekat twitter hari tu aku terus termari mikir nak tulis sal stalker ni.Bukan nya apa, yang tukang twit tu, dia cakap yang stalker ni ada kebaikan jugak sebenarnya. Coppp ! jangan salah faham. Aku takkan cakap betul mende tu kalau takder sebab munasabah.

Stalker ni bese berlaku dekat laman social la kan, macam facebook, twitter, myspace, Friendster or whatever la laman social yang wujud di atas muka bumi Allah ni. Kalau kita detect ada orang stalk kita punyer account mesti first thing yang kita nak buat ialah BLOCK diorang kan. Sebab macam takder privasi la kononnya ! ( kalau nak privasi takyah la buat serba serbi account tuu :p ).

Korang tak pernah piker ke ? kalau stalker tu stalk account korang sebab nak baca korang punyer artikel yang post berlambak2 tu dekat page korang, tu kira dakwah kan ? dapat pahala tak ?? dapat kan, so bia jela diorang stalk korang punya account kalau niat diorang just nak tambah ilmu. Let see kalau ada non muslim yang baca artikel korang then diorang buat research sal artikel tu and finally hati diorang terbuka nak convert to islam. How big your ‘pahala’ !


Point yang kita dapat disini ialah besenya orang yang takot account dia kene stalk sal diorang letak hal2 peribadi diorang dekat situ. Saudaraku yang aku sayang kerana Allah, laman sosial tu adalah medan dakwah kita. Nk dakwah face to face memang la takla kita ni, so gunalah laman sosial tu untuk dakwah. Post banyak2 artikel yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Dakwah tu bukannya post sal agama sahaja. Islam merupakan agama yang syumul ~ menyeluruh. Semua perkara yang dibahaskan ada dalam islam termasuk sal kesihatan, sains. Why not kita post sal kesihatan ke. Orang baca and we’ll get ‘pahala’ J


Stop update pasal peribadi kita. Orang umum tak perlu kenal kita, misi kita buat account tu sebab nk sampaikan dakwah, so just done your mission properly. tenkiu :)

Apa yang kita update dekat status kita tu orang akan dapat nilai diri kita camne. ‘ don’t judge book by its cover ‘ yesss !, I know you all semua mesti cakap macam ni kan. Bila orang judge kita buruk2, mula la kita naik hangin satu badan, tapi siapa yang memulakannya. Ni tak lagi dengan status nak tggu imam la, pemilik tulang rusuk la, ntah pape =,=’. 

Okay sorry kalau ada yang terasa. Even aku pon pernah buat camtu. Tapi ada aku duk pikir2 macam memalukan je. opppsss ! sorry, aku cakap dekat myself la yang that thing ashamed me as a woman or more clear as a muslim. aku tak tahu, tapi bg aku memg malu sikit. setiap orang punya pandangan masing2, and aku hormati pandangan korang :D

 Impian semua orang nak suami yang soleh kan. Aku pon nak :p tapi tak payah la publish dekat semua orang dekat alam ni yang kita nak. Macam desperate sangat je loh. Mintakla pada Allah kalau nak, bukan dengan duk uar2kan dekat facebook, twitter, myspace or whatever lah


Kalau nak suami yang soleh, kita dulu yang kene solehah. Ubah diri kita dulu. Enggang dengan enggang, pipit dengan pipit. Jangan nak mimpi la suami yang soleh kalau solat pon banyak lopong2, aurat pon tutop tak tutop, pegaulan pon bebas semacam je. 


iAllah Allah akan kurniakan kita dengan suami yang soleh kalau tengok usaha kita nak jadi solehah tuu. even dalam quran ad mentioned pasal mende tu. jangan ubah orang lain jadi soleh kalau kita nak suami yang soleh, tapi ubahlah diri kita ni jadi solehah dulu. Then, jumpa la org yang soleh tu. peaceeee :)