Thursday, February 21, 2013

all about STALKER.


Pertama kali aku tengok perkataan ‘stalker’ ni dekat twitter hari tu aku terus termari mikir nak tulis sal stalker ni.Bukan nya apa, yang tukang twit tu, dia cakap yang stalker ni ada kebaikan jugak sebenarnya. Coppp ! jangan salah faham. Aku takkan cakap betul mende tu kalau takder sebab munasabah.

Stalker ni bese berlaku dekat laman social la kan, macam facebook, twitter, myspace, Friendster or whatever la laman social yang wujud di atas muka bumi Allah ni. Kalau kita detect ada orang stalk kita punyer account mesti first thing yang kita nak buat ialah BLOCK diorang kan. Sebab macam takder privasi la kononnya ! ( kalau nak privasi takyah la buat serba serbi account tuu :p ).

Korang tak pernah piker ke ? kalau stalker tu stalk account korang sebab nak baca korang punyer artikel yang post berlambak2 tu dekat page korang, tu kira dakwah kan ? dapat pahala tak ?? dapat kan, so bia jela diorang stalk korang punya account kalau niat diorang just nak tambah ilmu. Let see kalau ada non muslim yang baca artikel korang then diorang buat research sal artikel tu and finally hati diorang terbuka nak convert to islam. How big your ‘pahala’ !


Point yang kita dapat disini ialah besenya orang yang takot account dia kene stalk sal diorang letak hal2 peribadi diorang dekat situ. Saudaraku yang aku sayang kerana Allah, laman sosial tu adalah medan dakwah kita. Nk dakwah face to face memang la takla kita ni, so gunalah laman sosial tu untuk dakwah. Post banyak2 artikel yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Dakwah tu bukannya post sal agama sahaja. Islam merupakan agama yang syumul ~ menyeluruh. Semua perkara yang dibahaskan ada dalam islam termasuk sal kesihatan, sains. Why not kita post sal kesihatan ke. Orang baca and we’ll get ‘pahala’ J


Stop update pasal peribadi kita. Orang umum tak perlu kenal kita, misi kita buat account tu sebab nk sampaikan dakwah, so just done your mission properly. tenkiu :)

Apa yang kita update dekat status kita tu orang akan dapat nilai diri kita camne. ‘ don’t judge book by its cover ‘ yesss !, I know you all semua mesti cakap macam ni kan. Bila orang judge kita buruk2, mula la kita naik hangin satu badan, tapi siapa yang memulakannya. Ni tak lagi dengan status nak tggu imam la, pemilik tulang rusuk la, ntah pape =,=’. 

Okay sorry kalau ada yang terasa. Even aku pon pernah buat camtu. Tapi ada aku duk pikir2 macam memalukan je. opppsss ! sorry, aku cakap dekat myself la yang that thing ashamed me as a woman or more clear as a muslim. aku tak tahu, tapi bg aku memg malu sikit. setiap orang punya pandangan masing2, and aku hormati pandangan korang :D

 Impian semua orang nak suami yang soleh kan. Aku pon nak :p tapi tak payah la publish dekat semua orang dekat alam ni yang kita nak. Macam desperate sangat je loh. Mintakla pada Allah kalau nak, bukan dengan duk uar2kan dekat facebook, twitter, myspace or whatever lah


Kalau nak suami yang soleh, kita dulu yang kene solehah. Ubah diri kita dulu. Enggang dengan enggang, pipit dengan pipit. Jangan nak mimpi la suami yang soleh kalau solat pon banyak lopong2, aurat pon tutop tak tutop, pegaulan pon bebas semacam je. 


iAllah Allah akan kurniakan kita dengan suami yang soleh kalau tengok usaha kita nak jadi solehah tuu. even dalam quran ad mentioned pasal mende tu. jangan ubah orang lain jadi soleh kalau kita nak suami yang soleh, tapi ubahlah diri kita ni jadi solehah dulu. Then, jumpa la org yang soleh tu. peaceeee :)



No comments:

Post a Comment